jobs from my.neuvoo.com

27 Januari, 2016

Iklan 'makan sayur seks tahan lama, makan daging pancut cepat' di sekat

KUMPULAN aktivis People For The Ethical Treatment Of Animals (PETA) yang sering mencetuskan kontroversi, sekali lagi mengundang kritikan ramai apabila menghasilkan iklan lucah dan kempen terbarunya.

Iklan selama 38 saat itu dimuatnaik dalam YouTube pada 25 Januari lalu dengan mesej mereka yang makan sayur-sayuran dapat ‘bertahan’ lama di ranjang berbanding individu yang makan daging.

Ia telah ditonton sebanyak 150,000 kali dan akibat kelucahan itu, iklan terbabit telah diharamkan di televisyen.

Iklan itu membandingkan dua pasangan di atas katil, dengan seorang ‘makan daging’ manakala seorang lagi hanya makan sayur-sayuran.

Kedua-duanya melakukan seks namun lelaki yang makan daging hanya mampu bertahan selama 10 saat dan hilang stamina, berbanding pasangan yang tidak makan daging.

Mesej iklan itu adalah untuk menyayakan bahawa pemakan sayur-sayuran mempunyai stamina yang lebih terutama apabila mereka menolak makanan berupa daging, telur dan susu, yang mengandungi kolestrol tinggi dan boleh membawa kepada kegagalan ereksi.

“Lemak dan kolestrol yang tinggi dalam daging boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kolestrol tinggi. Ia juga boleh membahayakan nyawa,’’ demikian tegas PETA.

Namun dalam hal ini, adalah tidak wajar jika ia menjadikan seks sebagai kaedah menyampaikan mesej meskipun hakikatnya iklan sedemikian menarik perhatian ramai. – Mynewshub.cc


EmoticonEmoticon