jobs from my.neuvoo.com

09 Januari, 2016

Imigresen buat penjelasan bagaimana passport anak Zahnita boleh dikeluarkan

Korang ingat tak cerita pasal Zahnita Wilson Buat Laporan Polis Sebab Suami Bawa Anak Ke Thailand??? yang Suria FM kongsikan sebelum ni? Haa kali ni Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafa Ibrahim tampil untuk menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi.

Pasport Malaysia Antarabangsa untuk dua anak model Zahnita Wilson dikeluarkan mengikut peraturan selepas bapa kepada kanak-kanak itu melaporkan mengenai kehilangannya bersama laporan polis.

Katanya, pihak Imigresen mengeluarkan pasport gantian kepada Zahrafeena Abd. Zackery dan Zasharayna berdasarkan laporan suami Zahnita sendiri iaitu Abd Zackery Ghous selaku bapa kandung.

“Bapa kandung Zahrafeena dan Zasharayna telah membuat laporan polis mengenai kehilangan pasport anaknya ketika pindah rumah di Balai Polis Bukit Jelutong pada 17 November 2015 beserta dokumen-dokumen diperlukan dalam proses permohonan pasport Malaysia Antarabangsa.”

Untuk pengetahuan umum, Zahnita kini dalam proses perceraian dengan suaminya risau akan keselamatan dua anaknya itu selepas bapa kanak-kanak berkenaan membawa mereka bercuti ke Thailand. Mustafa juga menjelaskan selepas pasport baru dikeluarkan, pasport lama telah dibatalkan dalam sistem dan tidak boleh digunakan lagi.

Pengeluaran pasport gantian adalah mengikut prosedur yang ditetapkan selepas semua dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan gantian pasport adalah lengkap dan teratur.

Suria FM berharap agar Zahnita dan suami dapat menyelesaikan hal ini dengan cara baik.

Sumber : mStar

- See more at: http://www.suriafm.com.my/hiburan/gosip-selebriti-tempatan/imigresen-sangkal-tuduhan-zahnita/#sthash.Okvc5hMm.dpuf


EmoticonEmoticon