jobs from my.neuvoo.com

07 Januari, 2016

Kalau Rayani Air Jual Islam, Proton Jual Negara

KUALA LUMPUR: Sebelum ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa syarikat penerbangan berlandaskan syariah pertama negara, Rayani Air, menjual agama demi mendapatkan keuntungan.

Felo Kanan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Dr Maszlee Malik menjelaskan, sentimen tersebut tidak salah sepertimana Proton yang dinaungi Mahathir menggunakan semangat kenegaraaan atau patriotisme sebagai medium pemasarannya.

"Sebagai penyokong pasaran konsumerisme, saya merasakan penentunya adalah pengguna. Yang penting, pilihan di tangan pengguna dan mengelak aktiviti monopoli.

"Sebagai contoh Proton, mereka menjualnya menggunakan elemen patriotik," katanya lapor portal berita, hari ini.

Mahathir yang juga Pengerusi Proton ketika temubual bersama wartawan Free Malaysia Today baru-baru ini mendakwa pemilik Rayani Air, Ravi Alegandrran dan isterinya Karthiyani Govindan, mengambil sikap oportunis dalam menggunakan agama Islam untuk mempromosikan perniagaan penerbangannya.

Tambah Mahathir, syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Berhad (MAB) tidak perlu mengikut jejak langkah Rayani Air dalam proses rasionalisasi syarikatnya.

"Tidak payah (ikut jejak Rayani Air). Saya tengok, syarikat Arab Saudi pun tidak ada konsep patuh Syariah. Kenapa kita hendak tunjuk kita ini lebih Islam dari orang lain," kata Mahathir dalam temubual tersebut.

-mD


EmoticonEmoticon