jobs from my.neuvoo.com

01 Januari, 2016

'Kami tak ada niat nak bersetubuh pun'

Enam penuntut universiti awam (IPTA) antara yang dicekup dalam operasi khalwat yang dijalankan Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sempena tahun baru di sini awal pagi tadi.

Pasangan itu antara enam pasangan yang ditahan selepas disyaki berkhalwat atau berdua-duaan tanpa sebarang ikatan sah di beberapa bilik hotel sekitar bandaraya bersejarah itu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, amat membimbangkan apabila dalam pemeriksaan tersebut didapati ramai di kalangan mereka masih lagi menuntut di pusat pengajian tinggi.

"Ketika mereka sepatutnya belajar atau mengulangkaji, mereka berada di hotel bersama pasangan dan ini amat membimbangkan. Jabatan agama akan terus mengadakan pemantauan dan sekiranya ia tidak dibendung akan membawa kepada Seksyen 54 iaitu hamil luar nikah," katanya ketika ditemui di sini, awal pagi tadi.

Antara pasangan yang dicekup ialah pasangan remaja 19 tahun.

Mereka mendakwa terpaksa bermalam di hotel tersebut berikutan tidak dapat pulang ke asrama kerana telah terlewat sampai dari Kuala Lumpur dan tidak berniat untuk bersetubuh.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaaan ke atas pasangan muda berkenaan menemui kondom yang dipercayai milik mereka.

Turut ditahan seorang lelaki berstatus suami orang bersama pasangannya seorang janda di mana mereka adalah warganegara Indonesia.

Kesemua yang ditangkap akan disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Jenayah Melaka 1991 kerana berkurung mendatangkan syak.


EmoticonEmoticon