jobs from my.neuvoo.com

23 Januari, 2016

Krisis MB Kedah: Mengapa tiada tindakan disiplin? Ini jawapan Ku Nan...

Putrajaya: Tindakan disiplin tidak dikenakan terhadap 14 Ketua Bahagian UMNO di Kedah kerana mereka bertindak mengikut perlembagaan parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata kumpulan itu menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Tetapi mereka kata serahkan sepenuhnya kepada presiden parti untuk menentukan (kedudukan Mukhriz).

"Mereka bukan mendesak supaya (Mukhriz) letak jawatan,” katanya ketika ditemui media selepas melepaskan peserta Kayuhan Cinta Malaysia di depan Kompleks Perbadanan Putrajaya, di sini, hari ini.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109527?m=1#sthash.uSmCivJ8.dpuf


EmoticonEmoticon