jobs from my.neuvoo.com

24 Januari, 2016

Lagi fitnah terhadap PM boros berbelanja dinafikan

Berlegar di media sosial sekeping foto memperlihatkan resit makanan berharga puluhan ribu dengan arahan masak kepada Perdana Menteri telah tersebar,

Seperti biasa, ianya bertujuan untuk memfitnah beliau kononnya beliau seorang yang boros. Namun begitu, pemilik restoran tersebut telah membuat kenyataan rasmi dengan menafikan perkara tersebut.

Assalamualaikum semua.

Kenyataan Rasmi.

Me'nate Steak Hub menafikan laporan media sosial yang menunjukkan tanda harga daging yang kononnya di sediakan di Seri Perdana baru-baru ini. Setelah kami menyemak tanda harga tersebut adalah PALSU dan tidak terdapat di dalam sistem inventori kami.

Tanda harga serta nota berikut semacam dirancang untuk dipamerkan itu tidak sama dengan tanda harga standard yang digunakan oleh Me'nate Steak Hub di semua outlet kami ditambah pula semua tanda harga kami mempunyai barcoding yang tersendiri berbeza dengan apa yang telah diviralkan. Hidangan yang dipamerkan juga tidak masuk akal.

Jika makan steak dan Matsusaka manakan boleh ada nasi dan lauk lauk lain. Gambar tukang masak juga bukan Chef dari Me'nate. Kami berasa amat amat dukacita dengan usaha pihak-pihak yang berkepentingan politik untuk mengheret kami ke dalam kancah Politik FITNAH yang tidak bertanggungjawab ini.

Pihak kami sedang merancang serta sedang mendapatkan nasihat peguam kami dan sedang di dalam proses untuk menasihatkan kami akan bentuk tindakan undang-undang yang sesuai diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan KEPALSUAN & FITNAH ini.

Jika perkara ini tidak dihentikan dan berterusan kami tiada pilihan lain selain daripada membuat laporan polis seterusnya mengambil tindakan susulan.
Assalamualaikum semua.Kenyataan Rasmi..Me'nate Steak Hub menafikan laporan media sosial yang menunjukkan tanda harga...
Posted by Me'nate Steak Hub on Saturday, January 23, 2016


EmoticonEmoticon