jobs from my.neuvoo.com

22 Januari, 2016

Malaysia, Brunei Haramkan Produk Qu Puteh

KUALA LUMPUR, 22 Januari:Produk edaran Vida Beauty Sdn Bhd, Qu Puteh Whitening Pro 9 disahkan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan larangan berkenaan selepas produk berkenaan telah diuji dan dikesan mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik.

“Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), KKM telah menerima laporan kesan advers daripada pengguna yang mengalami tinnitus (ringing in the ears) dan keguguran rambut setelah menggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block (NOT151106645K) selama lebih kurang tiga bulan.

“BPFK telah membuat persampelan dan menguji produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block dan hasil pengujian menunjukkan salah satu produk tersebut iaitu produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri pada paras yang tinggi.

“Notifikasi produk Qu Puteh Whitening Pro 9 telah dibatalkan dan pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah diarahkan untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta merta dan memanggil balik kesemua stok fizikal produk tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Brunei turut mengisytiharkan dua produk yang sama keluaran Qu Puteh. Kementerian Kesihatan Brunei mengarahkan kedai dan peruncit atas talian berhenti menjual beberapa produk kesihatan dan kosmetik selepas mendapati ia mengandungi bahan berbahaya.

Ini termasuklah dua produk popular Malaysia Qu Puteh.

Kementerian itu dalam kenyataan semalam berkata, produk terbabit telah diuji di Bahagian Kawalan Anti Dadah di bawah Jabatan Perkhidmatan Farmasi negara itu, lapor The Brunei Times.


EmoticonEmoticon