jobs from my.neuvoo.com

20 Januari, 2016

Raja Azmi, Eddie sah nikah semula kali kedua

Melihatkan kesungguhan dan juga keihklasan bekas suaminya, Mohd Eddie Ghazali, penerbut Raja Azmi menjelaskan kini hatinya kembali terbuka untuk kembali menerima dan bernikah semula dengan Eddie.

“Eddie ikhlas dan bersungguh-sungguh menyayangi saya dan keluarga. Malah dia juga rapat dengan cucu kedua saya. Cucu saya juga selalu menyebut nama Eddie jika dia tidak datang ke rumah. Disebabkan itu, saya terbuka hati dengan keikhlasannya”

“Dia juga ada bertanya jika hati saya sudah terbuka untuk menerimanya semula,” katanya yang kini sudah pun berusia 57 tahun kepaa Harian Metro. Raja Azmi dan Eddie bercerai pada 11 November 2014 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ampang, Selangor.

Mereka berkahwin pada 13 Oktober 2013 dalam majlis gilang-gemilang di Istana Budaya di sini. Semoga hubungan yang terjalin semula ini akan dilimpahi bahagia dan berkekalan hingga ke Jannah.


EmoticonEmoticon