jobs from my.neuvoo.com

06 Januari, 2016

Model seluar dalam buang foto seksi untuk tarik peminat Melayu, Eh! Macam salah langkah je...

Model dan pelakon baharu, Samantha Katie, 21, mengakui semakin meminati dengan dunia lakonan sejak diberi peluang menjayakan filem terbitan kerjasama produksi Malaysia dan berjudul Kastil Tua yang bakal menemui penonton Malayasia Januari depan.

Menurut gadis kacukan Cina-Brazil ini, dia mendapat tawaran berlakon dalam filem arahan pengarah Chiska Doppert itu selepas menghadiri ujibakat. Filem tersebut diterajui seorang lagi pelakon Malaysia iaitu Josiah Hogan serta dua pelakon Indonesia, Kimberly Ryder dan Arjun Perwira.

"Selama ini saya fokus pada kerjaya peragaan dan komitmen kerja saya banyak di luar negara. Sehinggalah saya ditawaran menghadiri ujibakat dan tak sangka saya dipilih berlakon dalam filem ini. Saya berharap percubaan pertama saya ini di terima peminat di Malaysia.

"Semasa di set penggambaran, pada awalnya saya sangat gementar kerana watak saya memerlukan saya bertutur dalam bahasa Melayu. Walaupun saya pernah bersekolah di sekolah kebangsaan, tetapi sekarang kurang fasih bahasa Melayu.

"Mujur, sepanjang penggambaran Josiah Hogan banyak membantu saya. Dia suka melawak dan buat saya dan pelakon lain seronok sepanjang di set," katanya yang kini bernaung dibawah agensi model tempatan iaitu Asyan Managment dan agensi di luar negara iaitu Cyrus Models yang beroperasi di Austria.

Diarahkan oleh sutradara Indonesia, Chiska Dopp, Kastil Tua akan ditayangkan mulai ditayang mulai 21 Januari ini. Filem tersebut turut diterajui dua bintang Indonesia iaitu

Dalam pada itu, menyedari masih banyak kekurangan dalam lakonanya, bagaimanapun Samantha berharap percubaan pertamanya dalam dunia lakonan terima malah dia terbuka dengan komen dan kritikan.

"Saya anggap filem ini sebagai cabaran untuk saya yang langsung mempunyai asas dalam lakonan tetapi sekurang-kurangnya saya sudah dapat belajar serba sedikit tentang lakonan. Saya juga berharap percubaan pertama saya ini di terima peminat di Malaysia.

Luahnya gadis yang dibesarkan di Klang, Selangor ini, pembabitannya dalam filem Melayu juga dijadikan peluang menambah lagi peminat sekaligus pengikut di laman sosial Instagram terutamanya dikalangan pengikut Melayu.

Pun begitu, Samantha sudah mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelak dari mencetuskan apa-apa kontroversi dengan membuang gambar-gambarnya beraksi sebagai model iklan komersial.

"Selama ini ramai yang ingat saya bukan orang Malaysia disebabkan wajah saya. Mungkin kerana itu juga peluang saya dalam lakonan di Malaysia juga tidak besar.

"Tetapi selepas pembabitan dalam filem sulung ini, saya juga mahu jadikan ia peluang menambah pengikut di Instagram terutama pengikut kalangan peminat Melayu. Itu sasaran saya kerana zaman sekarang, jika seseorang itu terutama dalam dunia seni, jumlah pengikut di laman sosial juga mempngaruhi populariti seseorang artis itu.

"Tapi awal-awal lagi saya sudah buang semua gambar-gambar saya yang terlalu seksi di Instagram. Sebenarnya dalam kerjaya peragaan, saya adalah model iklan dan sering memperagakan pakaian dalam wanita. Jadi banyak foto-foto seksi.

"Saya fikir, elok saya padam gambar tersebut kerana tidak mahu nanti timbul sebarang isu atau kontroversi mahupun sensitiviti kepada mana-mana pihak. Lagipun pihak agensi saya tidak menghalang saya berbuat sedemikian," jelasnya.

- mD


EmoticonEmoticon