jobs from my.neuvoo.com

29 Januari, 2016

Mukhriz tidak dibenar sertai mesyuarat MT

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini diarahkan meninggalkan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Menurut Mukhriz, arahan tersebut adalah daripada Setiausaha Agung Umno.

Majlis Tertinggi Umno dipercayai sedang berbincang mengenai masa depan Mukhriz yang juga adalan pengerusi perhubungan Umno Kedah sebagai menteri besar.

"Mereka kata, pada siapa yang hadir yang tak dijemput untuk beredar. Ia merujuk kepada saya," kata Mukhriz ketika ditemui pemberita di lobi PWTC.

Ketika ditanya ia adalah arahan siapa, Mukhriz sekadar berkata: "Setiausaha agung," katanya ringkas.

Beliau juga sempat melemparkan senyuman kepada wartawan yang ingin tahu mengapa dirinya beredar dari mesyuarat berkenaan sebelum memasuki keretanya.

Spekulasi bertiup kencang sejak pagi tadi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman, di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Tindakan terhadap Mukhriz itu dikatakan ada kaitan dengan kempen berterusan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan Najib.

Pada 20 Januari lalu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Basah Md Hanipah memulakan langkah dengan mengisytiharkan bahawa Umno negeri hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap Mukhriz.

Ini disusuli dengan 21 ADUN BN Kedah mengadakan pertemuan dengan perdana menteri pada Selasa lalu di Putrajaya.


EmoticonEmoticon