jobs from my.neuvoo.com

02 Januari, 2016

Nahas meraba dalam bas sesak penumpang

BERTEMU buku dengan ruas. Seorang lelaki yang cuba menyentuh seorang wanita di dalam sebuah bas akhirnya mendapat `pengajaran’ apabila wanita berkenaan memukulnya.

Kejadian berlaku ketika mereka menaiki sebuah bas yang penuh sesak dengan orang ramai di Henan, China.


Lelaki berkenaan dilaporkan menyentuh lutut seorang wanita sebelum berlaku pergaduhan di mana wanita tersebut telah menumbuk dan mencekik leher lelaki itu.

Sementara lelaki terbabit pula, memukul wanita tersebut dengan begnya.

Pergaduhan itu mengakibatkan penumpang lain terkejut dan menjerit ketakutan dan polis terpaksa dipanggil bagi meleraikannya.

Mereka berdua kemudiannya dibawa ke balai polis untuk siasatan.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada kedua-duanya didakwa kerana menganggu ketenteraman awam. – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon