jobs from my.neuvoo.com

21 Januari, 2016

PAS Kedah cadang bubar Dun

Mukhriz melambai kepada penyokongnya selepas selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat UMNO Bahagian Jerlun di Bangunan Tunku, malam tadi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108831?m=1#sthash.YemEuMpY.dpuf
Alor Setar: PAS Kedah percaya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah formula penyelesaian terbaik terhadap kemelut politik di negeri ini ketika ini.

Pesuruhjaya PAS negeri Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, pihaknya percaya rakyat negeri itu akan lebih bijak membuat keputusan.

Katanya, kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang mendakwa seluruh kepimpinan UMNO Kedah sudah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Menteri Besar Kedah adalah kemuncak perpecahan UMNO negeri itu yang tidak berupaya lagi disembunyikan.

"Walau apapun kegagalan berkenaan, ia tidak harus dipertanggungkan ke atas beliau (Mukhriz) semata-mata," katanya dalam kenyataan media, di sini, malam tadi.

Katanya, mandat yang diberikan rakyat terhadap BN dulu adalah kerana penonjolan Mukhriz sebagai calon Menteri Besar, maka adalah lebih wajar mandat itu dipulangkan kembali kepada rakyat untuk membuat keputusan semula.

"Justeru, kita menyarankan Yang Berhormat Mukhriz selaku Menteri Besar sah supaya mengadap Sultan Kedah untuk menasihatkan pembubaran DUN kerana ia adalah formula terbaik untuk menghadapi kemelut yang berlaku," katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108831?m=1#sthash.YemEuMpY.dpuf


EmoticonEmoticon