jobs from my.neuvoo.com

04 Januari, 2016

PAS puji Rayani Air, mahu Haron Din jadi penasihat

PAS memuji langkah syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara Rayani Air yang mahu melantik mursyidul am parti itu Datuk Dr Haron Din sebagai penasihatnya.

"PAS menganggap cadangan melantik mursyidul am sebagai penasihat Rayani Air adalah satu sikap terbuka dan profesional syarikat.

"Ia dipilih berdasarkan kemampuan dan ilmu yang ada pada Datuk Dr Haron Din dan sebagaimana kita maklum beliau merupakan panel syariah ke[ada banyak pihak," kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibraim juga berkata cadangan itu sangat wajar kerana sebagai sebuah syarikat baru, meletakkan garis panduan patuh syariah memerlukan pakar yang dapat beristinbat (mengeluarkan hukum).

The Malaysian Insider semalam melaporkan Rayani Air, dalam rangka meluaskan pengaruh mereka, bakal melantik Haron sebagai penasihat.

Haron akan diberikan berperanan menasihati bagaimana melaksanakan konsep patuh syariah yang sebetulnya, kata pengarah urusannya Jaafar Zamhari.

Malaysiakini telah menghubungi Haron dan masih menunggu reaksinya sama ada menerima atau menolak permintaan itu.


EmoticonEmoticon