jobs from my.neuvoo.com

02 Januari, 2016

Pembangkang dedah dokumen penting dalam waktu terdekat

SHAH ALAM - Pakatan Harapan dalam satu kenyataan terbaharu berkata, pihaknya akan mengumumkan dokumen penting yang akan merapatkan saf kepimpinan untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional menerusi jalan pilihan raya.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau percaya dokumen tersebut akan menjadi asas penting yang membuktikan PKR serta parti-parti komponen Pakatan Harapan mampu menggalas tanggungjawab untuk menerajui kerajaan.

"Ayuh, bersiap kita untuk bekerja lebih kuat pada tahun baru ini!," katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2016.

Wan Azizah dalam kenyataan sama turut menggesa masyarakat berdoa dan terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan menjelang tahun baharu.

"Pada masa yang sama, saya menggesa semua pihak, tidak kira parti politik mana sekalipun, yang masih sayang dan cintakan negara serta mengidamkan sebuah Malaysia yang lebih adil dan baik untuk semua, untuk bersama-sama dalam gagasan besar membawa perubahan," katanya.


EmoticonEmoticon