jobs from my.neuvoo.com

05 Januari, 2016

Pembangkang Lain Pun Mahu Kerjasama Dengan UMNO! – PAS

KUALA LUMPUR – PAS menyelar beberapa parti pembangkang lain yang sangat marah dengan parti itu berhubung kerjasama PAS dengan UMNO.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, sikap pembangkang lain terbabit menjadikan politik Malaysia telah ibarat pentas maharaja lawak antarabangsa.

“Sehari dua ini beberapa parti pembangkang yang marah kepada PAS kerana PAS mahu bergabung dengan UMNO pula yang mengeluarkan kenyataan sedia bekerjasama dengan UMNO elalui pelbagai syarat yang mereka kenakan.

“Politikusnya dilihat bukan sahaja tidak berprinsip tetapi hanya sebagai seorang pelakon atau badut yang mempamerkan aksi lucu murahan mereka untuk menarik perhatian ramai.

“Mereka tiada idea baru sebaliknya sekadar mengulas dan meniru apa yang telah didahulukan oleh PAS perbahasan dan perbincangan mengenainya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nasrudin memberi contoh parti pembangkang lain mahu berkerjasama dengan UMNO walaupun dengan istilah berbeza berbanding Kerajaan Perpaduan (UG) seperti Konsensus Nasional, Save Malaysia dan sebagainya.

“Nyata hampir semua orang bercakap perlunya sebuah kerajaan yang berkonsepkan perpaduan ini dengan menggunakan istilah yang berbeza seperti konsensus nasional, Save Malaysia, Unity Government sementara dan sebagainya,” kata beliau.

Beliau menjelaskan, PAS bagaimanapun mempunyai mekanisme tersendiri mahu menguruskan sesuatu isu yang timbul walaupun lambat kerana mengambil sikap berhati-hati dan proses selayaknya.

“Pastinya ada pro dan kontranya di situ, tetapi seringkali PAS tepat dalam langkah yang diambil,” katanya.


EmoticonEmoticon