jobs from my.neuvoo.com

30 Januari, 2016

Penyanyi wanita, suami diarah kemuka bukti nikah

ADIRA dan suaminya ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur: Penyanyi Adira dan suaminya, ahli perniagaan, Datuk Seri Adenan Abu diperintahkan untuk mengemukakan bukti pernikahan mereka di Songkhla, Thailand pada 3 Disember tahun lalu.

Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Lutfhatul Hana Samsudin memerintahkan demikian selepas sebutan kali pertama permohonan pengesahan nikah di luar negara pasangan itu secara poligami.

Peguam syarie, Irsamuddin Ikhsan yang mewakili kedua-dua plaintif memberitahu media, mahkamah mahu melihat gambar asal selain bukti lain pernikahan berkenaan.

Menurutnya, ketika memfailkan permohonan itu, pihaknya telah memasukkan semua bukti sebagai lampiran namun mahkamah ingin melihat salinan bukti asal pernikahan itu sebelum menetapkan 7 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 25, dan Adenan, 38, memfailkan permohonan pengesahan pernikahan berpoligami di luar negara itu pada 8 Januari lalu mengikut Seksyen 12 dan 23 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Sementara itu, Adenan ketika ditemui berkata, dia akan mengemukakan bukti seperti yang diminta mahkamah dan berharap kes itu akan diselesaikan dengan baik dan lancar.

Pasangan itu juga merancang untuk mengadakan majlis resepsi mereka di kampung Adira di Kota Kinabalu, Sabah selepas selesai kes itu.


EmoticonEmoticon