jobs from my.neuvoo.com

28 Januari, 2016

Serbu cari pengganas, jumpa aksi panas kekasih!

Sekadar foto hiasan

Polis Jagakarsa telah melakukan serbuan di sebuah asrama yang disyaki sarang pengganas. Malangnya bukan pengganas yang mereka temui, tetapi sepasang remaja yang melakukan aksi ganas dan panas.

Kedua-duanya ditahan di balai polis. Ketua Polis Jagakarsa, Komisioner Sri Bhayangkari mengesahkan penahanan kedua-dua remaja itu. Remaja itu merupakan pelajar di sebuah sekolah vokasional di kawasan Pondok Labu.

"Kedua-dua remaja itu berada di dalam rumah yang berkunci ketika serbuan dilakukan.Mereka masih dalam keadaan beruniform sekolah," kata Ketua Polis tersebut.

Selepas disoal siasat, kedua ibu bapa remaja berkenaan dipanggil untuk ditaklimatkan.

"Kami terus menghubungi kedua-dua ibu bapa remaja ini untuk diambil keterangan mereka," katanya lagi.

Dalam serbuan itu juga, beberapa pasangan kekasih turut ditahan.

Sumber: Tribune News


EmoticonEmoticon