jobs from my.neuvoo.com

20 Januari, 2016

Tubuh adik ipar 'diratah' ganti bayaran sewa rumah

Sekadar gambar hiasan
Ni padah sebab gagal membayar tunggakan bil utiliti dan sewa rumah yang diorang duduk, seorang perempuan mendakwa menjadi mangsa rogol oleh abang ipar sendiri di sebuah rumah di Kampung Gebok, Mantin dua bulan lalu.

Difahamkan, perempuan malang yang berusia 31 tahun tu mendakwa kejadian pertama berlaku pada 17 Julai lalu dan kejadian terakhir pada awal bulan lalu apabila abang ipar dia tu dikatakan berang selepas dia dan suami didakwa tak pernah bayar sewa serta melangsaikan bil utiliti sejak menetap di rumah yang diorang duduk sekarang ni.

Menurut sumber, sebelum kejadian tu, abang ipar perempuan tu memang dah lama berang dengan perempuan tu dan suami. Yang dimarahkan sangat tu sebab semua perbelanjaan harian dikatakan ditanggung keluarga abang ipar perempuan tu dan nenek diorang.

Rumah yang diorang duduk tu dikatakan milik nenek perempuan tu yang kemudian dibahagikan kepada dua iaitu satu bahagian didiami kakak perempuan tu yang juga isteri abang ipar, anak serta nenek dia.

Yang bahagian satu lagi tu didiami oleh perempuan tu dan suami serta tiga anak diorang.

“Selepas dua tahun tinggal di rumah itu, suspek mendakwa mangsa sekeluarga tidak pernah membantu menjelaskan bil air, bil elektrik serta bayaran sewa.

“Berang dengan tindakan keluarga wanita berkenaan, suspek yang berusia 40-an dikatakan bertindak memanjat bumbung rumah mangsa kira-kira jam 12 tengah malam, 17 Julai lalu sebelum merogol mangsa,” kata sumber.

Tak tau la nak kata apa dah. Ni berang semacam aje, tak kan sebab tak pernah bayar sewa dan perbelanjaan lain terus bertindak gila pi rogol! Tak boleh ke berbincang baik-baik dulu??

Buat cenggitu pun tak dapat apa pun, lepas ni tunggu la dipenjara berbelas-belas tahun, lepas tu disebat sampai tertanggal isi bontot. Akal tu pendek sangat!! Dendam tak kena tempat, akhirnya memakan diri sendiri juga.

Sumber: MissHana/Utaranews.com.


EmoticonEmoticon