jobs from my.neuvoo.com

20 Januari, 2016

(Video) Dituduh Mesej Dengan 'Jantan', Isteri Dibogel Tepi Jalan

SEORANG isteri berdepan detik memalukan selepas dipaksa oleh suaminya berjalan di sepanjang jalan di New York selepas suaminya mendakwa wanita tersebut curang dengannya.

Lebih menyedihkan, video mengejutkan itu menunjukkan wanita terbabit pada mulanya dilihat berjalan dengan memakai tuala, namun sejurus kemudian seorang lelaki yang merakam aksi tersebut dipercayai suaminya bertindak menanggalkan tuala dan membiarkan wanita itu berjalan tanpa seurat benang.

Menerusi video itu, wanita terbabit yang nyata terkejut selepas suaminya menarik tualanya sehingga menyebabkan dia bogel dilihat cuba melindungi tubuhnya dengan bersembunyi disebalik kenderaan dan menutup badannya menggunakan kanvas.

Memetik laporan sebuah portal antarabangsa, wanita tersebut dikatakan diperlakukan sedemikian berikutan suaminya mendakwa dia menghantar khidmat pesanan (mesej) kepada beberapa orang lelaki, selain turut berkongsi gambar bogelnya.

Dalam rakaman berkenaan, kedengaran suara seorang lelaki yang mengarahkan wanita tersebut menanggalkan tuala.

“Berhenti dan tanggalkan tuala kamu. Kita mahu menunjukkan tubuh kamu,” kata lelaki tersebut dalam rakaman berkenaan.

Tambah lelaki tersebut lagi:

“Seorang wanita cantik seperti kamu … dengan tujuh lelaki. Kamu pasti dibayar.”

“Sekarang semua orang boleh lihat, sekarang semua orang boleh lihat (tubuh).”

Video tersebut pada asalnya dimuat naik di laman sosial LiveLeak.com, sebelum dikongsi dan dimuat naik semula ke laman sosial YouTube.


EmoticonEmoticon