jobs from my.neuvoo.com

05 Januari, 2016

(Video) Wanita Mati Lemas Gara-Gara Leka Guna Telefon Bimbit

KELEKAAN menggunakan telefon bimbit akhirnya membawa padah kepada seorang wanita di China apabila dia ditemui mati lemas selepas terjatuh dalam sungai, baru-baru ini.

Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita yang dikenali sebagai Wang itu bergelut cuba menyelamatkan diri sebelum lemas seminit kemudiannya.

Mayat ibu kepada dua anak itu ditemui selepas suaminya menjumpai kasut terapung di permukaan sungai keesokan hari selepas insiden itu berlaku.

Oleh itu sentiasalah berhati-hati semasa menggunakan telefon bimbit, tengok-tengoklah persekitaran terlebih dahulu sebelum mata anda melekat di skrin telefon bimbit masing-masing ya. – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon