jobs from my.neuvoo.com

08 Februari, 2016

Aaron Aziz kesal anak perempuan jadi mangsa fitnah

Pelakon Aaron Aziz, 40, melahirkan rasa kecewa apabila tersebarnya berita palsu mengenai keadaan anak bongsunya, Dahlia Arissa, 5, yang dikatakan sedang bertarung nyawa.

Memetik laporan Kosmo!, Aaron mengecam sekalikus menyifatkan pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan cerita yang bukan-bukan itu sengaja mencari publisiti murahan

“Inilah yang akan berlaku apabila orang yang tak lulus zaman persekolahan dan nak cari publisiti murahan dengan membuat fitnah, salah anggapan atau apa sahaja kebodohan sampai berita begini boleh keluar.

“Tak kelakar. Tak gelak. Tak ada apa-apa yang baguslah dengan membuat-buat cerita palsu begini,” luahnya menerusi perkongsian sekeping foto yang dimuat naik menerusi akaun Instagram sewaktu masih lagi menerima rawatan di hospital baru-baru ini.

Sementara isteri Aaron iaitu Diyana Halik, 35, menjelaskan,

“Berita yang tersebar itu merupakan gambar Dahlia sewaktu ingin menjalani pembedahan. Perkara itu sudah lama berlaku iaitu pada tahun lalu. Sayangnya, mereka guna gambar itu, cakap takziah apa lah.

“Walhal Dahlia sudah keluar sihat. Orang fitnah anak dia, itu yang dia rasa bengang. Padahal sekarang ini dia yang dimasukkan ke hospital,” kongsi Diyana yang juga merangkap pengurus kepada pelakon drama Tuan Anas Mikael itu.

Menurut Diyana, suaminya itu memang seorang yang cukup prihatin dengan anak-anaknya.

Bahkan, katanya, Aaron lebih rela difitnah, tetapi bukan mengaitkan hal anak-anaknya.

“Aaron kalau orang fitnah dia tak mengapa, dia boleh terima lagi, tapi bukan sehingga membabitkan anak-anak. Bapa mana yang tidak melenting jika ada orang buat fitnah pasal anak sendiri,” kongsinya.


EmoticonEmoticon