jobs from my.neuvoo.com

11 Februari, 2016

Aksi Spiderman jual nasi lemak tarik perhatian pelanggan

KOTA BHARU 10 Feb. – Seorang pemuda yang tampil menjual nasi lemak dengan memakai pakaian Spiderman menjadi fenomena di bandar ini sejak Jumaat lalu.

Malah kelainan yang dilakukan itu menarik perhatian orang ramai bukan sahaja untuk datang membeli nasi lemak semurah RM2 malah ada yang sanggup ‘memburu’ adiwira tersebut semata-mata untuk selfie kerana lokasinya berubah pada setiap hari.

Zawawi Ghazali, 29, berkata, pada setiap pagi, dia akan memberi­tahu lokasi jualan nasi lemaknya dalam laman sosial Facebooknya bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan nasi lemaknya.

Katanya, sambutan yang dite­rima amat mengalakkan dengan secara purata dia mampu menjual 200 bungkus nasi lemak dalam tempoh dua jam pada setiap hari.
“Saya terkejut dengan perhatian yang diberikan, kelmarin hanya ada 200 pengikut tetapi hari ini sudah lebih 2,500 pengikut.

“Ada yang datang memang nak beli nasi lemak, ada juga yang datang nak selfie, semua saya layan sebaik mungkin. Jangan risau untuk selfie sebab tidak ada bayaran dikenakan,” katanya di sini hari ini.

Zawawi berkata, idea untuk memakai kostum Spiderman untuk menjual nasi lemak yang dimasak oleh ibunya itu telah difikirkan sejak dua tahun lalu.

“Nasi lemak emak saya ini sedap, tetapi saya memikirkan bagaimana untuk menjualnya dan orang ramai mampu menerimanya dalam kea­daan sambutan luar biasa.

“Jadi idea luar biasa ini lahir dan Alhamdulillah sambutan yang diterima sejak Jumaat lalu juga memang amat luar biasa. Saya gabungkan minat saya terhadap adiwira ini dengan berniaga,” katanya.

Bapa kepada dua orang anak yang berusia dua dan empat tahun itu berkata, dia membeli kostum tersebut dari China dengan harga RM500.

“Dua orang anak saya juga amat meminatinya, kalau di rumah mereka selalu suruh saya pakai,” ujarnya berseloroh.



EmoticonEmoticon