jobs from my.neuvoo.com

06 Februari, 2016

Aksi terlampau pasangan kekasih dirakam CCTV hotel bajet Parit Buntar

RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek membawa keluar TV.
Parit Buntar: Sepasang kekasih yang menginap di sebuah hotel, di sini, bukan sahaja tidak membayar sewa penginapan, malah bertindak melarikan peralatan hotel terbabit, Rabu lalu.

Pekerja hotel dikenali sebagai Liyana berkata, pada jam 11.35 pagi, pasangan itu turun dari bilik hotel disewa bagi memaklumkan mahu melanjutkan tempoh penginapan kepada satu malam dan membayar sewa bilik bagi tempoh tiga jam sebanyak RM43.

“Pada jam 2 petang, salah seorang daripada pasangan itu menyerahkan kad kredit bagi tujuan pembayaran sewa bilik, namun ia tidak sah digunakan.

“Wanita itu kemudian meminta kebenaran daripada saya untuk keluar sebentar bagi tujuan mengeluarkan wang tunai dari mesin pengeluaran wang automatik berdekatan.

“Namun, selepas sejam berlalu, kelibat wanita terbabit masih tidak kelihatan dan apabila saya meminta pekerja hotel memeriksa bilik disewanya, pasangannya juga tiada,” katanya.

Liyana mendakwa sebuah televisyen berukuran 32 inci, sebuah cerek elektrik dan beberapa peralatan hotel turut lesap dipercayai dilarikan pasangan itu.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112911?m=1#sthash.FEC2n4wL.dpuf


EmoticonEmoticon