jobs from my.neuvoo.com

22 Februari, 2016

Ancam untuk telanjang...

SEKUMPULAN penduduk memasang kain rentang di Kalijodo bagi mendesak kerajaan membayar pampasan kepada penduduk.
Jakarta: Lebih 1,000 pelacur di Kalijodo mengancam untuk berbogel sebagai membantah rancangan kerajaan untuk mengusir penduduk dan meroboh kawasan berkenaan.

Seorang penduduk Kalijodo, Razman Arif Nasution berkata, sekiranya kerajaan meneruskan rancangan untuk merobohkan kawasan berkenaan penduduk termasuk pelacur akan membuat bantahan.

Kalijodo adalah kawasan setinggan di Jakarta Tengah yang terkenal dengan aktiviti pelacuran, arak dan judi.

“Ada lebih 1,000 pelacur di sini dan mereka tidak malu lagi serta sedia berbogel untuk membantah pengusiran ini,” katanya.

Menurutnya, penduduk juga berasal kesal dengan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama yang enggan melawat kawasan itu dan bertemu dengan penduduk.

“Jika Basuki masih enggan bertemu dengan penduduk, kami sendiri akan pergi bertemu dengannya,” jelasnya.

Penduduk Kalijodo sudah diberi surat amaran yang mengarahkan mereka berpindah dari kawasan itu dalam tempoh tujuh hari.

Basuki juga enggan melayan permintaan penduduk yang mahu kerajaan membayar pampasan kepada mereka.

“Mereka mahu apa lagi? Kalau dialog ia tidak akan mengubah apa-apa.

“Sekuat mana pun mereka membantah kerajaan tidak akan mengubah keputusan untuk merobohkan kawasan hitam ini,” tegasnya. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/116529#sthash.xftu3N2J.dpuf


EmoticonEmoticon