jobs from my.neuvoo.com

01 Februari, 2016

Bekas isteri Salih Yaacob tampil beri penjelasan sebenar, nafi semua tuduhan

Bekas isteri kepada penyampai radio Sinar FM, Salih Yaccob, Nor Raha Hamad menafikan dakwaan yang mengaitkan punca perceraian mereka adalah disebabkan oleh orang ketiga atau majlis pertemuan semula (reunion).

Nor Raha yang merupakan isteri kedua kepada Salih itu mendakwa, rumah tangga yang dibinanya memang sudah lama goyah sejak tahun 2012 lagi.

Bagaimanapun hubungan mereka mampu bertahan seketika sebelum terlerai pada 1 September tahun lalu. Sungguhpun begitu, perkhabaran perpisahan mereka hanya didedahkan kepada umum baru-baru ini.

Salleh mengahwini Raha yang dikenalinya sewaktu membuat persembahan sebagai penari di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1993.

- See more at: http://sensasimalaysia.com/bekas-isteri-salih-yaacod-tampil-beri-penjelasan-jawab-isu-dikatakan-berubah-selepas-hari-majlis-reunion/#sthash.s9WUkEgt.dpuf


EmoticonEmoticon