jobs from my.neuvoo.com

29 Februari, 2016

Bunuh Bayi Dengan Kejam Kerana Muka Seiras Kekasih Gelap

Sangat kejam dan tidak berhati perut….Seorang wanita telah membunuh bayinya yang baru dilahirkan dengan cara yang paling kejam, hanya disebabkan bayi itu mempunyai wajah yang sama dengan kekasih gelapnya.

Elena Smocot, 27, telah dipenjarakan selama 18 tahun kerana membunuh bayi itu di rumahnya di Romania.

Ketika kejadian, Elena berada di rumah itu bersama anak lelakinya yang berusia empat tahun dan anak saudaranya yang berumur tujuh tahun.

Selepas menyedari bayinya itu mempunyai wajah yang berbeza dengan anak dan anak saudaranya,
Elena telah memegang kaki bayi itu dan kemudiannya menghayunnya ke arah perabot rumah selama beberapa kali sehingga bayi itu berhenti menangis.

Dia kemudiannya keluar dari rumah, meletakkan bayi itu atas lantai sebelum memijaknya beberapa kali.

Dua kanak-kanak yang ada dalam rumah itu menyedari mengenai kejadian berkenaan selepas mendengar Elena menjerit-jerit.

Kanak-kanak terbabit telah berlari ke rumah jiran untuk memaklumkan kejadian tersebut dan pada masa yang sama, Elena telah menyerang bayinya dengan menggunakan jubin yang pecah dan menarik keluar usus bayi itu.

Dia meletakkan bayi itu dalam kolam dan pada masa sama Elena turut mandi dalam bilik air itu. Jenayah itu telah mengejutkan seluruh negara.


EmoticonEmoticon