jobs from my.neuvoo.com

11 Februari, 2016

Foto aksi 'panas' remaja muslim di Teluk Batik tersebar akibat degil


Teluk Batik, Perak sememangnya menjadi destinasi pelancongan yang menarik di tanah air, khusus di negeri Perak. Namun begitu, lokasi ini juga menjadi tumpuan pasangan muda mudi untuk berpeleseran.

Sekeping foto memperlihatkan aksi tidak senonoh sepasang remaja telah tersebar di laman sosial Facebook. Menurut individu yang memuat naik foto berkenaan, beliau amat kesal dengan tindakan pasangan berkenaan.

Walaupun sudah dinasihati, tetapi seolah-olah mencurah air di daun keladi. Pasangan ini terus asyik beromen seakan-akan tiada siapa yang memerhati mereka.

Individu berkenaan juga mengaku dengan sengaja tidak mengaburkan wajah pasangan ini sebagai pengajaran untuk mereka agar tidak melakukan perangai sedemikian di masa hadapan.


EmoticonEmoticon