jobs from my.neuvoo.com

04 Februari, 2016

'Hakikatnya, mereka bersetubuh suka sama suka...'

Sekadar gambar hiasan
DRAMA penculikan seorang gadis bernama Nur Amirah Atirah Abdul Majid benar-benar menggemparkan negara baru-baru sehingga memaksa satu pasukan khas polis ditubuhkan untuk mengesan mangsa.

Namun apabila siasatan selesai, hasilnya amat jelas menjadi ‘bahan ketawa’ masyarakat.

Remaja berusia 14 tahun itu sebenarnya lari dari rumah untuk bersama dengan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun. Malah lebih mengejutkan, mangsa juga dikesan dirogol oleh seorang suspek lain.

Demikianlah dilema hari ini apabila masalah demi masalah sosial berlaku dalam masyarakat sehingga memaksa banyak pihak mahukan satu penyelesaian diambil untuk memperkasakan golongan bawah umur bagi mengelak kejadian menimpa Nur Amirah Atirah berulang, sekali gus menjadi barah yang lebih teruk.

Namun satu fakta yang tidak boleh dielakkan dalam masyarakat Malaysia, jenayah rogol hari ini sebenarnya adalah perbuatan seks bebas suka sama suka antara mangsa dan suspek.

Wartawan, ILAH HAFIZ AZIZ, MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR dan LILIS SURIANI OMAR bertemu pihak yang mengendalikan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyelidiki kebenaran dakwaan tersebut.

Ong Chin Lan
KUALA LUMPUR 1 Feb. - Istilah dirogol hanya dipandang pada sudut undang-undang negara sahaja kerana 60 peratus kanak-kanak dan remaja yang dilaporkan diperkosa sebenarnya melakukan hubungan seks atas dasar suka sama suka.

Perkara itu jelas sekali mengejutkan kerana ramai mangsa yang hadir di balai polis seluruh negara mendakwa mereka telah dirogol.

Hakikatnya apabila siasatan dilakukan polis, kanak-kanak atau remaja itu sebenarnya melakukan hubungan seks dengan kerelaan diri sendiri.

Perkara ini didedahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten

Komisioner Ong Chin Lan yang memberitahu, kes rogol yang dilaporkan kepada mereka kebanyakannya tidak melibatkan paksaan terhadap mangsa.

Sebaliknya beliau membe­ritahu, ramai mangsa telah melakukan aktiviti seks itu dengan kenalan atau teman lelaki mereka secara sukarela dan hanya membuat laporan polis mendakwa te­lah dirogol apabila kegiatan tidak bermoral itu berjaya dihidu oleh ahli keluarga.

“Setiap tahun polis menerima beribu-ribu kes rogol tetapi setelah disiasat, lebih 60 peratus da­ripadanya bukan kes rogol tetapi melibatkan aktiviti seks secara rela.

“Namun begitu, kes betul-betul dirogol yang diterima polis adalah 40 peratus sahaja,” kata­nya ketika ditemui di Pusat Temuduga Kanak-kanak yang dikelolakan Polis Diraja Malaysia di sini baru-baru ini.

Mengulas tentang dakwaan dirogol oleh mangsa, Chin Lan berkata, kebanyakan mangsa sedar bahawa mereka telah me­lakukan seks dengan rela tetapi tidak dapat diterima oleh ahli keluarga dan kemudiannya memaksa mangsa membuat laporan polis.

“Takrifan rogol seperti yang diterangkan secara terperinci di bawah Seksyen 375 Kanun Keseksaan adalah ‘persetubuhan’ yang dilakukan tanpa kerelaan atau kemahuan mangsa.

“Bagaimanapun, jika dilakukan suka sama suka atau kerelaan oleh mangsa bawah umur, Seksyen 375(g) menjelaskan, persetubuhan dengan perempuan bawah umur 16 walaupun dengan rela adalah rogol dan pihak polis akan tetap menjalankan siasatan sama ada laporan itu dibuat oleh mangsa atau pihak ketiga.

“Sekiranya mempunyai ke­terangan kukuh, suspek akan dituduh di mahkamah setelah dipersetujui pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP),” ujar beliau.

Ditanya tentang jumlah laporan kes rogol pula, Chin Lan memberitahu, PDRM menerima 2,124 kes rogol tahun lalu, menurun sebanyak 225 kes berbanding tahun sebelumnya.

“Pada tahun 2014, kami merekodkan sebanyak 2,349 kes sehari manakala pada tahun 2013 berjumlah 2,767 kes),” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/seks-suka-sama-suka-1.185858#sthash.bk5sC0yW.dpuf


EmoticonEmoticon