jobs from my.neuvoo.com

06 Februari, 2016

Hamil 8 Bulan, Elly Mazlien Bimbang Virus Zika Jangkiti Kandungannya

VIRUS Zika yang kini sedang tersebar mengundang kerisauan ramai pihak, tidak terkecuali artis tanah air, Elly Mazlein yang sedang mengandung dan usia kandungannya sudah mencecah 8 bulan.

Dia akui dirinya berasa bimbang dan risau terhadap penyebaran virus itu, yang menyebabkan pembesaran otak bayi dalam kandungan akan terganggu.

“Hari-hari berita tentang virus Zika ini membuatkan saya takut, walaupun belum ada kes di Malaysia, namun kita perlulah berhati-hati. Nasib baik juga, ayah saya pun tinggal bersama saya.

“Jadi dia paling bimbang dan memastikan kawasan rumah saya bersih daripada pembiakan nyamuk,” jelasnya kepada mStar Online.

Elly juga memberitahu bahawa dirinya dan kandungan dalam keadaan yang sihat, dan dia tidak mengalami sebarang masalah dan alahan sepanjang tempoh kehamilannya.


EmoticonEmoticon