25 Februari, 2016

Ibu muda diperkosa selepas beberapa jam lahirkan anak di hospital


Seorang wanita yang baru beberapa jam melahirkan anak mendakwa dirinya telah diperkosa oleh seorang lelaki di hospital.

Wanita berusia 23 tahun itu diserang secara seksual di dalam unit rawatan rapi selepas melahirkan anaknya secara pembedahan caesarean.

Rakaman CCTV menunjukkan suspek menjenguk dari belakang tirai hospital, seolah-olah mencari wanita-wanita yang mudah diambil kesempatan.

Suspek lelaki itu juga dipercayai cuba memasuki hospital berdekatan beberapa minit selepas kejadian pertama di Brahm Shakti Sanjivani Hospital di India.

Perbuatan kedua suspek tidak berjaya setelah wanita yang cuba diperkosa tersedar dan memanggil pengawal keselamatan.

Suspek berjaya melarikan diri.
Suspek dilihat berlegar di kawasan hospital dengan memegang telefon

Suspek dipercayai berjaya masuk ke kawasan hospital dan unit rawatan dengan menyamar sebagai seorang doktor.

Rakaman daripada Hospital Brahm Shakti Sanjivani, Barat New Delhi menunjukkan seorang lelaki berjalan di sekitar kawasan klinik sambil bercakap di dalam telefon.

Polis telah mengedarkan rakaman tersebut bagi mengumpulkan maklumat untuk menahan suspek.




EmoticonEmoticon