jobs from my.neuvoo.com

19 Februari, 2016

Intip pelakon wanita, lelaki bebas daripada tuduhan


Seorang lelaki Ohio yang disabitkan atas kesalahan mengintip bintang Hollywood, Gwyneth Paltrow, 15 tahun lalu didapati tidak bersalah atas pertuduhan dalam kes terbaharu terhadapnya, menurut pejabat peguam daerah Los Angeles.

Lapor Reuters, Dante Michael Soiu, 67, dibebaskan daripada pertuduhan mengintip dalam satu kes mahkamah yang turut melibatkan kehadiran Paltrow untuk memberikan keterangan.

Pelakon berusia 43 itu memberitahu pihak juri sambil menangis bahawa beliau risau tentang keselamatan beliau dan keluarganya setelah menerima berpuluh-puluh surat dari Soiu.

Bintang filem Iron Man 3 itu turut membaca beberapa surat itu di hadapan juri.

Namun, Soiu memberitahu bahawa surat itu adalah usaha untuk memohon maaf kepada Paltrow.

Dalam kes sebelum ini, Soiu dijatuhkan hukuman pada Disember 2000 kerana menghantar surat kepada Paltrow yang mempunyai unsur grafik seksual dan pernah muncul di hadapan rumah ibu bapa Paltrow sebanyak dua kali.

Sebelum ini, Soiu bekerja sebagai penghantar pizza.


EmoticonEmoticon