jobs from my.neuvoo.com

16 Februari, 2016

Isteri mahu keadilan selepas suami dirogol


LIMPOPO, AFRIKA SELATAN: Seorang lelaki berdepan detik hitam selepas dia mendakwa dirogol oleh seorang wanita dalam kejadian pada Rabu, lalu.

Lebih malang, mangsa yang tidak didedahkan identitinya mendakwa dia dirogol oleh seorang wanita berusia 50 tahun.

Memetik laporan portal berita antarabangsa, News24.com, pihak berkuasa Limpopo kini sedang menyiasat dakwaan mangsa yang menyatakan bahawa dia dirogol semata-mata kerana wanita itu mahu memuaskan nafsunya.

Malah, aksi tersebut turut dirakam oleh perogol menggunakan telefon bimbitnya dan ia dilakukan supaya pelaku boleh meraih populariti.

Berdasarkan rakaman yang ditemui di dalam telefon bimbit perogol, mangsa yang berasal dari Kampung Makuleke ditolak jatuh ke tanah sebelum mangsa dipaksa berbogel.

Difahamkan, mangsa dan perogol telah berkahwin dengan pasangan masing-masing dan mempunyai anak.

Dalam pada itu, isteri mangsa dikatakan 'naik angin' dan memaksa suaminya membuat laporan polis berikutan insiden tersebut.

"Ini tidak boleh diterima. Suami saya secara paksa dirogol. Saya mahu melihat wanita ini meringkup dalam penjara dan mendapatkan keadilan,” kata isteri mangsa yang tidak didedahkan identitinya.

Sementara itu, perogol memberitahu News24 bahawa dia telah lama memerhatikan mangsa.

"Saya mahu menjadi terkenal. Sudah lama saya bernafsu kepada lelaki ini. Saya akhirnya menemuinya,” perogol itu dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, kes kini sedang disiasat dan tiada penahanan dilakukan setakat ini.


- mD


EmoticonEmoticon