jobs from my.neuvoo.com

17 Februari, 2016

Jelir Lidah Di Tanah Suci, Sharifah Sakinah Dikecam Peminat

Gara-gara berkongsi gambar menjelirkan lidah ketika berada di Tanah Suci bersama suami melalui Instagram, pelakon Sharifah Sakinah telah dikecam sesetengah peminat dan pengikutnya di laman sosial tersebut.

Seperti biasa, ruang komen menjadi medan untuk mengira dosa dan pahala Sakinah selain masing-masing menyuarakan pendapat berkaitan tingkah laku Sakinah yang dianggap kurang sopan dilakukan ketika berada di sana. Malah ada juga yang sempat bercerita pengalaman mereka ketika di sana. Okay.


Apa pun, segala niat hanya empunya badan saja yang tahu. Doakan yang baik-baik saja sudahlah. Kami kongsikan buat anda beberapa lagi keping gambar pasangan suami isteri ini menunaikan umrah di sana. (rtky/s)


EmoticonEmoticon