jobs from my.neuvoo.com

20 Februari, 2016

Jual tubuh di hotel bajet

GRO yang ditahan dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Taman Pelangi, malam kelmarin.
JOHOR BAHRU - Seramai lapan wanita pelayan pelanggan (GRO) warga Indonesia ditahan dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Taman Pelangi, di sini, malam kelmarin.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Amir Syamri Mat Ripin berkata, operasi yang bermula jam 9 malam dan disertai 12 anggota itu turut menahan tiga lelaki tempatan berumur 28 hingga 34 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan.

“Mereka (GRO) dipercayai menyewa hotel tersebut dalam jangka masa lama untuk menggunakan bilik berkenaan bagi melayan lelaki yang ingin melanggan mereka dengan kadar RM100 untuk setiap kali perkhidmatan.

“Hasil siasatan juga mendapati mereka membayar RM60 wang sewa bilik tersebut dan RM20 untuk wang perlindungan kepada bapa ayam yang menjaga dan mendapatkan pelanggan,” katanya.

Amir Syamri berkata, semua wanita terbabit dipercayai menawarkan aktiviti tidak bermoral itu di kaki lima hotel berkenaan dan jalan di sekitarnya.

Mereka memperagakan tubuh badan seksi dan menyapa setiap lelaki lalu di situ termasuk anggota Imigresen yang menjalankan risikan.

“Setelah berjaya memujuk dan pelanggan bersetuju dengan tawaran harga, GRO tersebut akan membawa ke tingkat atas dan ke bilik yang mereka sewa,” katanya.

Beliau berkata, semua GRO yang berumur 29 hingga 53 tahun itu dibawa ke Pejabat Imigresen Setia Tropika untuk tindakan lanjut.


EmoticonEmoticon