jobs from my.neuvoo.com

06 Februari, 2016

'Kami mesti dan perlu seksi'

ANTARA gadis penghibur di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya yang ditahan untuk pemeriksaan.
“Setiap kali ada perayaan besar, kami akan datang membuat persembahan di kelab di sini, dan saya ada permit masuk bekerja untuk menyanyi,” kata Nancy, 24, penyanyi kelab dari Thailand yang sudah lima bulan berada di negeri ini.

Wanita terbabit antara 18 wanita warga Thailand yang diperiksa dalam Ops Noda dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, ke atas sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, kelmarin.

Semua wanita di kelab terbabit berpakaian mencolok mata dan menurut Nancy, mereka perlu berpakaian sedemikian untuk menghidupkan menghibur pengunjung kelab.

“Kami mesti berpakaian begini, tapi bukan sepanjang malam, kami akan menukar pakaian setiap satu jam.

“Di Bangkok saya hanya seorang penari, tapi saya juga boleh menyanyi dan saya membuat persembahan nyanyian di sini,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, operasi diketuai Pegawai Turus D7 negeri Asisten Superintendan Azahar Abdul Rahim dengan kekuatan tiga pegawai dan 12 anggota itu, berjaya mengesan empat wanita Thailand berusia 37 hingga 43 tahun tidak memiliki permit kerja yang sah.

“Kita menahan empat wanita di bawah Akta Imigresen kerana melakukan kesalahan mengikut Perkara 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Melaka Tengah sehingga selesai siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau berkata, enam pengunjung lelaki pusat hiburan terbabit turut ditahan untuk pemeriksaan saringan air kencing.

Bagaimanapun semua mereka yang berusia lewat 20-an hingga 40-an didapati negatif.


EmoticonEmoticon