jobs from my.neuvoo.com

20 Februari, 2016

Keputusan Piala FA pusingan kedua

KUALA LUMPUR: Kedah dan Johor Darul Ta'zim (JDT) masing-masing berpesta gol pada perlawanan pusingan kedua Piala FA yang berlangsung sebentar tadi. Kedah berkenduri gol di Stadium Darul Aman malam ini apabila meratah Selangor Megah Murni FC dengan jaringan 8-0 dalam saingan pusingan kedua Superbest Power Piala FA, sebentar tadi. Carlos Kahe muncul wira apabila menyumbang hatrik ketika beraksi di hadapan 6,000 penyokong skuad Helang Merah. Satu gol disumbangkan Kahe seawal minit-37 perlawanan, manakala baki dua lagi jaringan dihasilkan pada penghujung separuh masa kedua termasuk melalui sepakan penalti pada minit ke-90. Gol pertama Kedah hadir seawal minit ke-5 apabila sepakan lambung Azmeer Yusof dari sebelah kiri padang berjaya mengelirukan penjaga gol Megah Murni, Ilyaf Abd Sani, sebelum Sandro Da Silva menambah penguasaan Helang Merah hasil rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-12. JDT menepati ramalan apabila mudah meratah UiTM FC 5-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium UiTM Kampus Shah Alam pada sebelah petangnya. Pahang pula terpaksa mengharungi tambahan masa sebelum melangkah ke pusingan ketiga dengan kemenangan 2-1 selepas kedudukan terikat 1-1 tamat masa sebenar. Skuad Tok gajah harus berterima kasih dengan jaringan penyamaan German Pacheco sebelum tamat separuh pertama untuk mengikat kedudukan 1-1 yang kekal hingga tamat perlawanan sebelum Dalibor Volas memastikan mereka layak hasil jaringan minit ke-112 Di Melaka, PKNS FC melakukan kejutan apabila layak ke pusingan ketiga Piala FA selepas menewaskan Terengganu 3-1 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput. Walaupun pelawat berjaya menguasai babak awal saingan namun PKNS bingkas mendahului Terengganu menerusi hantaran satu dua antara Gabriel Guerra yang membolehkan Matrias Hadwa menolak masuk gol pendahuluan pada minit ke-46 perlawanan
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/126156?m=1


EmoticonEmoticon