jobs from my.neuvoo.com

19 Februari, 2016

Kerajaan akan putuskan Gabenor Bank Negara yang baharu - Najib

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. - Foto BERNAMA/Aizuddin Saad
KERAJAAN akan membuat keputusan dalam masa terdekat berhubung pelantikan Gabenor Bank Negara yang baharu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap kepada media di San Francisco, di sini sebentar tadi, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pelantikan untuk jawatan berkenaan adalah keputusan kerajaan.

"Kerajaan akan memutuskan dalam masa terdekat. Pelantikan jawatan itu (Gabenor) tertakluk kepada keputusan kerajaan," katanya.


EmoticonEmoticon