jobs from my.neuvoo.com

29 Februari, 2016

Kisah suami hamilkan pembantu rumah...


Kecoh seketika bila rahsia sudah terbongkar. Seram sejuk Datin X mendengar cerita seorang teman yang memberitahu tentang sebuah rahsia gelap yang sudah lama seorang Datuk ini simpan. Kisah ini berlaku sudah bertahun-tahun yang dulu, tapi ada pulak lah manusia yang tersasul membuka lembaran lama. Datin X terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca… bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi untuk memberi iktibar kepada kita semua.

Tak ubah macam drama TV! Senang cerita, kita panggil lah si polan ini Datuk A. Orangnya nampak baik, pijak semut pun tak mati. Di luar nampak alim sangat. Tak banyak cakap, tak banyak kerenah. Dia Ketua Pengarah syarikat yang amat dihormati oleh para pekerjanya dan rakan-rakan yang seangkatan dengannya. Datuk A ini juga dilihat sebagai family man. Anak ramai dan sekarang sudah pun bercucu. Setahun sekali, dia akan membawa keluarganya bercuti ke luar negara dan selang dua tiga tahun dia tak melepaskan peluang melangsungkan umrah. Tapi bak kata orang, never judge a book by its cover.

Datin A tidak berapa sihat. Ada darah tinggi dan beberapa tahun lepas dia menderita strok separuh badan. Kediaman mereka memiliki sebilangan pembantu. Salah seorang daripada pembantu tersebut baru berusia lewat 20-an. Untuk seorang pekerja warga asing, bolehlah dikira ada rupa. Tugasnya di dalam rumah lebih kepada menjaga cucu Datuk A yang sering ditinggalkan anaknya setiap kali ada business trip ke luar negara. Maka, selalulah pembantu ini bermalam dalam kediaman utama menemani cucu Datuk A tidur.

Satu hari, pembantu rumah tersebut tiba-tiba hilang dari rumah. Lebih lima bulan menghilang, satu hari pembantu rumah tersebut menghubungi pembantu rumah Datuk A yang masih lagi bekerja. Dia meminta bantuan dari segi wang. Hujung minggu mereka berjumpa, rupa-rupanya pembantu rumah yang lari itu sudah memboyot perutnya. Lalu dia meluahkan rahsianya yang pernah menjalinkan hubungan sulit dengan Datuk A selama enam bulan sehinggalah dia mengesyaki yang dirinya berbadan dua. Bila diberitahu Datuk A, dia disuruh tutup mulut dan pulang ke negara asal dengan berbekalkan wang poket sebanyak beberapa ribu.

Nak jadi cerita, pembantu rumah tersebut enggan pulang kerana malu mahu bertemu keluarga dalam keadaannya yang sedang hamil. Lalu dia terus menetap di Kuala Lumpur dan menggunakan wang yang diperolehi daripada Datuk A sebagai duit belanja harian. Masalahnya sekarang, dia sudah kehabisan wang. Mahu minta tolong daripada Datuk A, setiap panggilannya tidak diendahkan. Mahu kembali bekerja, perutnya sudah besar dan sudah tidak mampu lagi membuat kerja-kerja berat. Kasihan mendengar kisahnya, pembantu rumah yang masih bekerja ini kembali ke kediaman Datuk A dan meminta sendiri wang daripada majikannya supaya dapat diserahkan kepada kawannya yang tengah sarat itu. Datin A rupa-rupanya sudah lama pasang telinga. Kekecewaannya sukar digambarkan apatah lagi dia kurang sihat. Cuma seminggu selepas itu dia mampu mengumpul kekuatan untuk berbincang dengan suaminya.

Mereka akhirnya bersetuju untuk merahsiakan episod hitam itu dari pengetahuan anak-anak dan memaksa kesemua pembantu rumah mereka tutup mulut. Datin A bersetuju membayar segala perbelanjaan kewangan pembantu rumah yang hamil itu sehinggalah dia melahirkan. Selepas pantang, Datin A sendiri akan memastikan dia naik kapal terbang untuk dihantar pulang ke negara asalnya berserta wang belanja yang khabarnya lebih dari mencukupi. Nasiblah pembantu rumah itu mahu menerima deal ini dan berjanji tidak akan menghubungi keluarga mereka lagi. Tapi Datin X terfikir… tak pernahkah terlintas di hati Datuk A untuk bertemu darah dagingnya sendiri? Kasihan juga Datin X mengenangkan nasib anak yang tidak berdosa itu. Bapa kandung orang besar hidup senang-lenang di Kuala Lumpur, anak sendiri hidup melarat di negara seberang. Entah sekarang cukup makan, pakai atau tidak. Kalau Datin X berada dalam situasi Datuk A, entah menyesal tak sudah; hati ini tidak akan tenang sampai bila-bila.

Datin X


EmoticonEmoticon