jobs from my.neuvoo.com

05 Februari, 2016

Kisah Tertidur: Lim Kit Siang Terlupa Anaknya Pun Sama TERTIDUR!


IBARAT kata paku dulang, paku serpih, mengata orang tapi dia pula yang lebih atau bidalan popular kuman di seberang laut boleh nampak, tapi gajah di depan matanya boleh pula tidak nampak.
Sebagai manusia biasa, kita boleh cukup faham setiap orang ada batas ketahanan diri masing-masing. Ada masa terlalu letih sehingga membuat kita pun mesti akan terlelap juga seketika tanpa disedari.
Kejadian alamiah ini pasti berlaku pada semua orang. Apa lagi orang politik yang saban masa ‘terlari’ ke sana ke mari, hadir mesyuarat, acara, temujanji dan segala macam program rasmi atau pun tidak.
Memetik laporan daripada portal AgendaDaily, ia adalah perkara normal dan kalau tidak percaya cuba sembang santai serta tanya sendiri pada ramai orang politik tanah air yang ada berjawatan tinggi.
Ada masa memang lembik dek seharian sibuk memanjang. Kata orang kalau sudah tahu sama tahu ini bukan sesuatu luar biasa kenapa halakan ‘senapang’ pada Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah seorang saja.
Kejadian beliau terlelap seketika masa majlis hari keputeraan Sultan Kedah baru-baru ini dijadikan viral sakan oleh pembangkang untuk memperlekehkan kewibawan Menteri Besar baharu Kedah itu.
Antara yang galak sangat main isu itu ialah otai DAP, Lim Kit Siang. Wah! Bukan main lagi termasuk kicauan di Twitter konon Ahmad Bashah tidak layak angkat sumpah sehingga beliau jelaskan hal tidur itu.
Saw video first time. Bashah slept soundly. All should see” kicaunya pada mesej pertama sebelum kata: “Saw Bashah video again. He was sleeping deeply. Bashah should not take oath as Kedah MB until he comes clean on it.
Selepas itu Kit Siang terus sempat mengicau lagi: “If Bashah insists he was not sleeping, when very obvious he was during Tuanku’s speech, hold an opinion poll among Kedahans on the issue!”
Ironi mungkin ramai antara kita termasuk penyokong pembangkang sendiri pernah lihat menerusi media sosial tempatan wajah pemimpin idola mereka tidur berkeruh lena tanpa gangguan sesiapa!
tidur2
LIM GUAN ENG.
tidur anwar
ANWAR IBRAHIM
tidur khalid
KHALID ABDUL SAMAD
tidur zuraida
ZURAIDA KAMARUDDIN
tidur khalid ibrahim
ABDUL KHALID IBRAHIM
Antaranya termasuklah Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Nampak aksinya dirakamkan sedang ‘tertidur’ terlopong seketika di kerusinya dalam sidang Dewan Rakyat.
Tidak mungkin Kit Siang tidak kenal wajah anaknya sendiri? Satu lagi gambar, rakan karib politiknya, Anwar Ibrahim… satu ketika dahulu ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang.
Beliau pun macam ‘tertidur’ di kerusinya dalam sidang Dewan Rakyat, namun mana komen panas berapi Kit Siang? Mustahil tokoh DAP itu tidak tahu atau terlepas pandang Guan Eng dan Anwar!
Tidak ketinggalan ialah Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen PKR Ampang dan juga Ketua Wanita PKR. Asyik sungguh beliau dibuai mimpi, juga dirakam dalam sidang Dewan Rakyat pulak tu.
Gambar bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lena agak menarik kerana beliau sedang ‘tidur’ semasa sidang akhbar bersama Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh.
Siapa tidak kenal Ahli Parlimen Shah Alam dari Parti Amanah Negara, Khalid Abdul Samad yang cukup garang dalam sidang Dewan Rakyat tetapi nampak macam tewas keletihan hingga ‘tidur’ di Parlimen.
Sebenarnya kalau hendak kumpul banyak insiden lain apabila ahli politik yang keletihan terlelap seketika masa dalam majlis atau sidang rasmi dan pelbagai acara lain termasuk di luar negara sendiri.
Ingat balik… gambar bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi ‘tertidur’ sejenak dalam Perhimpunan Agung UMNO tidak lama dulu yang tidak kurang riuh ‘meriah sakan’ dijadikan isu oleh pembangkang.
Namun kalau tidak ada apa-apa nawaitu politik jahat… semua ini boleh difahami. Kita hanya perlu bersangka baik sahajalah, mungkin ketika itu orang politik tersebut memang kebetulan amat keletihan.
Jadi sebelum mahu ‘tembak’ Ahmad Bashah… Kit Siang sila pandang dulu kiri kanan. Rasanya tidak perlu nak lebih-lebih macam… takut malu, sebab ada gambar yang boleh ‘berbicara’ tentang anak sendiri.



EmoticonEmoticon