jobs from my.neuvoo.com

12 Februari, 2016

Lebih Baik Bincang Hal Gaji Daripada Bahas Hal Syurga Neraka

KUALA LUMPUR – Lebih baik berbahas tentang isu gaji minimum seperti yang diketengahkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) daripada sibuk berbantah-bantah parti yang mana akan masuk syurga.

Pengerusi PSM Kelantan, Khairul Nizam Abd. Ghani berkata, isu yang diketengahkan PSM itu lebih penting kerana melindungi golongan pekerja yang dipinggirkan daripada keuntungan syarikat.

“Jurang gaji barisan bos terlalu besar berbanding pekerja peringkat bawah. Selain itu, gaji yang lebih dari ramai orang akan membuatkan belanja lebih dari ramai orang.

“Dalam kempen gaji minimum yang digerakkan PSM, ramai yang tidak faham, was-was dan ramai yang bantah.

Ia bagus untuk kita berbantah-bantah dalam isu ini berbanding parti siapa paling syurga dan ceramah mana paling ramai,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Khairul Nizam turut mendakwa, langkah kerajaan melaksanakan gaji minimum di negara ini RM900 sebulan sebelum ini disebabkan oleh kempen yang digerakkan PSM.

Menurutnya, hasil kempen berterusan PSM, kerajaan telah menaikkan lagi kadar gaji minimum bergantung kepada kadar kos hidup lokaliti satu-satu tempat. – Mynewshub.cc


EmoticonEmoticon