jobs from my.neuvoo.com

03 Februari, 2016

Mukhaddimah zina untuk kali kedua

ALOR SETAR - Biarpun sudah ditahan kerana disyaki berkhalwat pada Mei tahun lepas, namun sepasang remaja masih tidak serik apabila dicekup sekali lagi dalam Ops Maksiat, Khamis lalu.

Ketika diperiksa anggota penguat kuasa Jabatan Islam Negeri Kedah (Jaik) bermula jam 11 malam itu, dua pasangan didapati berada dalam sebuah bilik di hotel sekitar Bandar Alor Setar.

Mereka kemudiannya ditahan untuk siasatan kerana disyaki berada berdua-dua dalam keadaan mencurigakan di bilik hotel tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa dan Undang-undang Jaik, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, lelaki berkenaan berusia 22 tahun dan perempuan pula 18 tahun.

“Turut ditahan dalam bilik sama, seorang remaja perempuan bawah umur berusia 16 tahun yang sudah berhenti sekolah bersama lelaki berusia 19 tahun.

“Siasatan lanjut mendapati salah satu pasangan berkenaan sebenarnya pernah ditahan pada Mei lalu, bagaimanapun tidak serik melakukan kesalahan sama,” katanya.

Roshidi berkata, remaja perempuan berusia 18 tahun itu bekerja di sebuah pusat snuker dan lelaki pula pembantu kedai makan.

"Ketika ditahan mereka memberi alasan baru selesai bekerja dan hanya ingin berehat.

"Manakala pasangan paling muda pula memberi alasan sekadar keluar makan pada petang berkenaan, selepas pasangan datang mengambilnya di rumah," katanya,

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Alor Setar dan Pejabat Jaik untuk diambil keterangan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 25 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali," katanya.


EmoticonEmoticon