jobs from my.neuvoo.com

04 Februari, 2016

Pakaian isteri di ampaian penuh air mani...

Sekadar hiasan
Subang Jaya: Lelaki berusia 55 tahun melutut meminta maaf selepas ‘kantoi’ menceroboh rumah di Kampung Kenangan, Puchong, di sini, dan mengaku sudah lebih tiga kali beronani di kawasan ampaian rumah itu, semalam.

Dalam kejadian 4.30 petang, pemilik rumah berusia 34 tahun itu memeriksa kawasan rumahnya selepas terdengar bunyi motosikal berhenti di hadapan rumahnya.

Dia kemudian ternampak kaki manusia di sebalik pakaian yang disidai di ampaian rumahnya sebelum berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan dan diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahya Ramli berkata, suspek mengaku sudah masuk ke rumah itu lebih tiga kali untuk beronani.

“Suspek bekerja sebagai pemandu lori dan pemeriksaan mendapati, pakaian dalam milik isteri pemilik rumah di ampaian itu ada kesan air mani.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan,” katanya.


EmoticonEmoticon