jobs from my.neuvoo.com

29 Februari, 2016

Pegawai polis wanita maut ditembak pada hari pertama bertugas

LOKASI seorang pegawai polis wanita mati ditembak di sebuah rumah dekat Tasik Ridge. - Foto AP
VIRGINIA: Seorang pegawai polis wanita yang baru sehari bertugas, mati ditembak manakala dua lagi cedera selepas memberi maklum balas ke atas satu laporan keganasan rumah tangga, di sini semalam, kata pihak berkuasa. Pegawai polis dari Prince William County, Virginia itu ditembak di sebuah rumah dekat Tasik Ridge, kira-kira 10 kilometer ke barat daya Washington, D.C, kata jabatan polis daerah dalam Twitter dan laman Facebook. Menurut jabatan berkenaan, Ashley Guindon kemudian disahkan mati akibat kecederaannya. Dalam entri Twitter jabatan Jumaat lalu, Guindon dijadual bertugas dalam syif pertamanya hujung minggu ini selepas mengangkat sumpah. Difahamkan suspek sudah ditahan namun identitinya masih belum dikenal pasti. Jabatan juga tidak memberikan butiran lanjut kejadian mahupun keadaan dua lagi pegawai yang cedera. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/128969?m=1


EmoticonEmoticon