jobs from my.neuvoo.com

10 Februari, 2016

Pesalah Liwat Bukan Tahanan Politik

KUALA LUMPUR: Malam tadi pakatan pembangkang menganjurkan himpunan solidariti memprotes pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim diatas hukuman liwat-II dengan dakwaan bekas Ketua Pembangkang itu sebagai tahanan politik.

Ianya sekaligus menjadi cubaan menafikan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menetapkan hukuman jenayah Anwar meliwat bekas pembantu perbadinya, Saiful Bukhari Azlan pada 2006.

Ahli Parlimen Lebah Pantai yang juga anak sulung Anwar, Nurul Izzah, sementara itu menganggap perjuangannya sebagai patriot sebenar yang didokongi bapanya.

"Ingat pesanan saya, jangan sedih.

"Nak sedih buat apa? Bukan kita yang rasuah. Kitalah patriot yang sebenar," kata Izzah di atas pentas sementara di hadapan penjara Sg Buloh, malam tadi.

Walaubagaimanapun, himpunan itu sedikit hambar tanpa kehairan wakil pemimpin PAS.

Selain menganjurkan himpunan, poster dan papan tanda dengan mesej sama turut dipampang sekitar Selangor.

Bagi pembangkang, mahkamah adil sekiranya keputusan berpihak kepadanya dan mendakwa sistem kehakiman dicemari sekiranya keputusan hakim menyatakan sebaliknya.

Mainan persepsi pembangkang seumpama ini nyata sukar difahami ekoran kumpulan ini tidak boleh menerima kenyataan keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi mereka lebih-lebih lagi dalam kes Anwar.

Kini, mainan persepsi semakin membesar dengan melibatkan pertubuhan Hak Asasi Manusia antarabangsa untuk campurtangan dalam kes domestik.

Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Asia, Phil Robertson turut menggesa kerajaan Malaysia meminda hukuman kesalahan liwat seterusnya mahu Anwar dibebaskan dengan segera atau dijadikan tahanan rumah.

Namun, apa yang perlu difahami oleh pakatan pembangkang, Anwar merupakan pesalah jenayah yang diadili oleh mahkamah seperti pesalah jenayah lain.

Bagi pemerhati politik yang juga pemilik portal berita the Mole, Datuk Ahirudin Attan, beliau menganggap pembangkang tidak akan menghiraukan sebarang fakta menyabitkan kesalahan jenayah terhadap Anwar.

"Mereka (pembangkang) tidak kisah. Anwar sebagai brand politik masih boleh dijual," katanya.

Pertuduhan ke atas Anwar dijalankan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaaan kerana kesalahan meliwat..

Panel Hakim Mahkamah Rayuan kemudiannya menetapkan penjara lima tahun sebagai hukuman terhadap bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

-mD


EmoticonEmoticon