jobs from my.neuvoo.com

26 Februari, 2016

Pesawat CN235 TUDM terbakar, lakukan pendaratan kecemasan


Asap tebal kelihatan dari lokasi kapal terbang terhampas di Batu 2 berhampiran Stadium Kuala Selangor pagi tadi.
KUALA LUMPUR - Sebuah Pesawat pengangkut TUDM CN235 yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang telah membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor pada lebih kurang jam 8.50 pagi tadi.

Pesawat yang membawa lapan orang anak kapal adalah dilaporkan selamat dengan dibantu oleh nelayan tempatan yang berada di kawasan tersebut.

Gambar viral keadaan pesawat CN235 milik TUDM yang dilaporkan terhempas pagi tadi.
TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. TUDM juga akan berusaha untuk membuat recovery pesawat tersebut.

Sementara itu, difahamkan anggota bomba menaiki bot ke lokasi kejadian apabila terlihat asap dengan jarak 200 meter dari pesisiran pantai akibat kapal terbang yang terbakar.


EmoticonEmoticon