jobs from my.neuvoo.com

29 Februari, 2016

Sampai tak sempat pakai seluar dalam...

Saban tahun kes tangkap basah, khalwat dan seumpamanya sudah sinonim dengan hari cuti umum. Ini terbukti apabila banyak tangkapan dilakukan bagi membendung gejala itu dari terus menjadi barah dalam masyarakat kita pada hari tersebut.

Walaupun pelbagai kisah dipaparkan di dada akhbar dan di televisyen mengenai kes khalwat atau lebih dikenali dengan jenayah syariah, generasi muda tidak menghiraukannya dan masih cenderung melakukannya.

Maksiat yang dilakukan bagaikan tidak ada apa-apa dan juga rasa bersalah sehingga sanggup menyewa bilik-bilik hotel bagi memuaskan nafsu.

Pada sambutan Hari Kekasih baru-baru ini, krew .com berkesempatan menyertai operasi yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang diadakan bersempena dengan hari tersebut di Kepong, Kuala Lumpur.

Operasi yang bermula pada pukul 12 tengah malam itu memeriksa sebanyak lima buah hotel bajet di sekitar kawasan Kepong dan berjaya menahan 48 orang bukan muhrim kerana berada di dalam bilik yang sama.

Biarpun setiap tahun, pelbagai serbuan dan operasi dijalankan pada tarikh yang sama, namun kesedaran mengenai perkara ini tidak kunjung tiba bahkan dirasakan lebih parah.

Lebih mengejutkan serbuan kali ini menahan lebih 80 peratus daripadanya golongan remaja bawah umur 30 tahun, selain dua daripadanya berusia belasan tahun.
Ada juga kes seorang beragama Islam, manakala pasangannya bukan Islam . Kesemua yang terbabit diberikan surat untuk hadir ke pejabat agama bagi diambil keterangan pada keesokan harinya.

Lebih mengejutkan, satu pasangan dibawa ke balai polis apabila pemeriksaan terhadap mereka menemukan dadah serta peralatan bagi tujuan pengambilan dadah di dalam bilik hotel.

Perkara ini perlu dipandang serius terutamanya remaja bagi menjaga tingkah laku dan tindak tanduk agar ‘tidak layu’ dengan pujuk rayu pasangan masing-masing demi kepuasan hawa nafsu.

Ikuti beberapa kes yang dilihat sendiri oleh krew .com ketika mengikuti serbuan ini yang mana alasan yang diberikan langsung tidak munasabah, sekali gus membuktikan tujuan mereka adalah meraikan Hari Kekasih sehingga ke kamar hotel. – AMIRUL/FARIZWAN/SURIYA

Remaja tidak serik

Setiap tahun, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjalankan aktiviti operasi seperti ini, namun jumlah tangkapan dan kes tidak pernah berkurangan dan semakin membimbangkan.

Tahun lalu sahaja, sebanyak 1,288 kes telah dikendalikan oleh JAWI dan daripada jumlah tersebut, seramai 1,030 orang adalah golongan remaja dan lebih membimbangkan 40 peratus daripadanya adalah mereka di bawah 21 tahun.

Angka ini amat membimbangkan kerana mereka yang di bawah umur sudah pandai keluar rumah sehingga larut malam dan berlanjutan pula ke bilik hotel.
Begitu juga serbuan yang dilakukan pada awal tahun ini apabila pihak JAWI berjaya menangkap seramai 58 orang dan 80 peratus daripada jumlah itu juga adalah mereka di bawah umur.

Kebimbangan ini bukan sahaja harus dibanteras oleh pihak pejabat agama Islam sahaja, bahkan ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memastikan tindak tanduk anak-anak mereka dikawal.

Ibu bapa seharusnya mengetahui apa yang dilakukan anak-anak mereka, selain memberi didikan sempurna agar perkara ini tidak berlaku dan dapat dihindarkan dari terus berleluasa.

Sepatutnya mereka risau dan mencari anak-anak mereka apabila sehingga pukul 2 dan 3 pagi belum pulang ke rumah, lebih-lebih lagi anak-anak perempuan, tetapi mereka seakan membiarkan sahaja.

Masyarakat kini juga dilihat begitu mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan orang lain terutamanya di kawasan Projek Perumahan Rakyat.
Kebanyakan kes di bawah umur terdiri daripada mereka yang tinggal di kawasan perumahan tersebut kerana kawasan perumahan itu sendiri mencerminkan masyarakat yang tidak cakna.

Keadaan ini menyebabkan banyak gejala sosial berlaku di kawasan ini, memandangkan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan berlaku tanpa sebarang halangan dan sekatan.

Wan Jaafar Wan Ahmad
Ketua Pegawai
Penguatkuasa Agama JAWI
KES 1 - Lupa pakai seluar dalam

Hampir 15 minit bilik mereka diketuk oleh petugas penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Masih lagi tidak ada jawapan dari penghuni sebuah bilik yang disyaki mempunyai pasangan melakukan maksiat.

Setelah diperiksa, seorang lelaki berumur dan wanita dalam lingkungan umur 20-an berada di bilik itu. Hasil temubual pula mendapati mereka bukan pasangan suami isteri dan menyewa bilik tersebut untuk berehat.

Apabila ditanya kenapa terlalu lambat untuk membuka pintu, mereka mengaku sedang memakai pakaian kerana semasa pintu bilik diketuk, pasangan terbabit sedang melakukan hubungan seks.

Terdapat seluar dalam lelaki berada di belakang pintu, mungkin kerana tidak sempat memakai seluar dalam sehingga dipaksa oleh pegawai penguatkuasa untuk memakainya kembali.

Wanita itu pula mengaku yang dia merupakan kekasih lelaki tersebut dan berhasrat untuk bermalam di hotel itu kerana kurang sihat untuk pulang ke Kuala Selangor, tambahan pula terdapat pelbagai jenis ubat di atas meja bilik tersebut.

Walau apa pun alasannya, pihak penguatkuasa terpaksa membawa mereka ke pejabat agama sebelum memanggil kedua orang tua mereka untuk tindakan selanjutnya.

KES 2 - Hanya sempat dua jam

Sewa bilik hotel selama dua jam sahaja untuk mendapatkan ‘perkhidmatan’ yang membawa padah kepada seorang lelaki apabila biliknya diketuk oleh penguatkuasa pada minit-minit terakhir sebelum dia mahu mendaftar keluar.

Dia yang menempah bilik tersebut dari pukul 1.30 pagi sepatutnya keluar pada pukul 3.30 pagi. Namun, belum sempat mendaftar keluar, pintu biliknya telah diketuk oleh pegawai penguatkuasa pada pukul 3.25 pagi atas maklumat yang diambil daripada pihak pengurusan hotel.

Hasil siasatan awal oleh pihak penguasa mendapati terdapat pelbagai kelengkapan dan pil yang menjurus kepada perhubungan seks termasuklah `tisu magik’, pil perapat dan kondom.

Setelah menemubual penghuni bilik tersebut, mereka tidak mengenali di antara satu sama lain dan pemeriksaan mendapati wanita terbabit memiliki pelbagai kad perniagaan yang menjurus kepada perkhidmatan urutan dan seks.

Lelaki terbabit memberi alasan bahawa dia mahu ke Tanjung Malim, Perak, namun hari sudah lewat malam dan terpaksa bermalam di hotel tersebut.

Dia turut mengadu pening kepala dan tidak sihat tetapi alasan tersebut cumalah helah bagi mengaburi tujuan sebenar mereka berada di bilik yang sama.

KES 3 - Sudah tak minat belajar

Pasangan yang ditahan di hotel ini lain pula kisahnya. Lelaki yang ditahan di bilik tersebut berumur 24 tahun, manakala teman wanitanya berusia 17 tahun.

Kedua-duanya berasal dari Kuala Lumpur. Mereka memberi alasan untuk berehat di bilk hotel setelah bersiar-siar di sekitar bandar raya. Namun alasan yang diberikan agak kelakar kerana mereka sememangnya menetap di ibu kota.

Remaja perempuan yang ditahan tersebut apabila diajukan soalan kenapa sebagai pelajar sekolah masih keluar sehingga larut malam, dia memberitahu bahawa dia tidak lagi bersekolah dan sudah bekerja.

Dia juga memberikan alasan sudah tidak minat belajar dan lebih gemar bekerja. Raut wajahnya menunjukkan dia seakan-akan tidak menyesal dengan perbuatannya itu.

Pasangan tersebut ditahan dan dibawa menaiki trak JAWI sebelum dibawa ke pejabat agama untuk disoal dan menunggu ibu bapa atau penjaga datang untuk urusan selanjutnya.

KES 4 - Helah untuk menghadiri temu duga

Sekali imbas, raut wajah wanita yang ditahan di bilik hotel ini seakan tidak menyangka bahawa apa yang dilakukannya ini mengundang padah dan akhirnya dicekup pihak JAWI.

Memberi alasan akan menghadiri temu duga pada hari Isnin membuatkan pihak berkuasa merasa agak janggal kerana mereka telah menempah bilik tersebut pada hari Sabtu.

Pemeriksaan mendapati terdapat satu kad pelajar institut pengajian tinggi awam di utara yang menyokong bahawa dia sebenarnya seorang pelajar dan datang ke Kuala Lumpur untuk menemui teman lelakinya.

Penulis ingin bertanya lebih lanjut, namun wanita itu terus diam membisu dan air mukanya memperlihatkan wajah takut dan bimbang mengenangkan perbuatannya itu bakal diketahui kedua ibu bapanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/layu-dikamar-bawa-padah-1.194873#sthash.95vNl8DR.dpuf


EmoticonEmoticon