19 Februari, 2016

“Saya Rasa Berdosa, Seperti Bersubahat” – Bekas Suami Yatt Hamzah

Pelakon Yatt Hamzah yang bakal berkahwin buat kali kedua pernah menafikan tentang punca penceraian dengan bekas suami ni disebabkan orang ketiga. Tapi nak dijadikan cerita, bekas suaminya yang bernama Abdul Mutalib tampil untuk menjelaskan apa yang sebenarnya telah terjadi.

Katanya juga dia berasa berdosa sebab mengiyakan secara langsung dengan menidakkan kebenaran yang sememangnya betul. Ala maksudnya kalau dia tak bagitahu benda yang sebenar, nampak dia macam bersubahat dengan masyarakat.

Menerusi laporan akhbar tempatan baru-baru ini, bekas suaminya memberitahu:

Mengenai bakal suami Yatt yang didakwa sebagai ‘orang ketiga’ dalam khabar angin perceraian kami, saya sama sekali tidak menafikannya. Bagaimanapun, saya sudah lama memaafkan mereka. Saya mendoakan yang baik-baik untuk mereka. Saya rasa berdosa mengiyakan secara langsung dengan menidakkan kebenaran yang nyata. Saya seperti bersubahat menipu masyarakat. Cukuplah komen saya mengenai hal ini. Seperti yang dijangka, saya tidak terperanjat dan terima berita itu dengan hati terbuka. Saya berdoa segala-gala dirancang berjalan lancar dan jodoh baru Yatt kekal. Saya juga berharap Yatt hormat, jujur dan taat kepada suami barunya dan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada anak kami, Suci Hanania Malikka.

Apa-apapun kami mendoakan agar hubungan baru Yatt Hamzah dengan bakal suaminya berkekalan dan untuk bekas suaminya, semoga terus kuat dan percaya mesti ada hikmah disebalik apa yang terjadi.


EmoticonEmoticon