13 Februari, 2016

'Saya tidak menyesal telanjangkan isteri di khalayak'


Jason Melo, 24 memberitahu mahkamah bahawa isterinya itu sepatutnya tidak menghantar mesej lucah kepada 7 orang lelaki lain hingga menyebabkan beliau terpaksa memalukan wanita itu dengan memaksanya berjalan di khalayak umum dalam keadaan bogel.

"Dia tidak patut lakukan apa yang telah berlaku," kata Jason kepada wartawan apabila di tanya adakah beliau menyesal memaksa dan merakam isterinya dalam keadaan bogel.

"Dia memang layak terima layanan sebegitu," katanya di luar mahkamah.

Jason juga dilaporkan telah memukul isterinya sebelum insiden yang berlaku di Harlem, Ahad lalu.

Dalam kejadian tersebut, dia telah memaksa isterinya berjalan dengan hanya bertuala di tepi jalan di Harlem, sambil dirakam dan dimaki hamun.

Beliau juga telah dilaporkan memaki hamun dalam bahasa Sepanyol yang membawa maksud:

"Tanggalkan tuala kami. Lakukannya sial, Tunjukkan kecantikan kamu yang kamu banggakan, Cepat jalan, lepaskan tuala kamu, pandang kamera dan katakan 'hi' dan cakap mengapa kamu lakukan ini"


EmoticonEmoticon