jobs from my.neuvoo.com

15 Februari, 2016

Sengaja keluar rumah dengan hanya berseluar dalam...


Tampil seksi dan terbuka memang sudah menjadi perkara yang biasa bagi model dan personaliti TV, Kendall Jenner.

Namun apa yang lebih mencuri perhatian, apabila sekumpulan paparazzi sempat merakamkan gelagat Jenner yang dikatakan sengaja tidak memakai seluar ketika keluar dari rumahnya.

Namun ternyata semua itu hanyalah salah satu babak dalam penggambaran kempen terbaharu, Estee Lauder.

Video tersebut menunjukkan Jenner baru terjaga daripada tidur dan menyedari dia sebenarnya sudah lewat untuk menghadiri sebuah acara. Dia terus meluru keluar dengan hanya memakai baju dan seluar dalam.

Dalam rakaman video tersebut, menunjukkan gelagat bintang Keeping Up With The Kardashians ini benar-benar 'lupa' mengenakan seluar panjangnya.

Dia hanya mengenakan baju berwarna hitam yang dipadankan dengan blazer dan stiletto berwarna merah kemudian tergesa-gesa berlari keluar dan terkejut apabila melihat sekumpulan paparazzi di depan rumahnya.

Tidak malu sebaliknya Jenner dengan lagak penuh yakin dan tidak menghiraukan pembantu peribadinya yang cuba mengingatkannya untuk memakai seluar.


EmoticonEmoticon