20 Februari, 2016

Serangan jantung, Ustaz Kazim dikejarkan ke hospital malam semalam

BACHOK - Ribuan penduduk sekitar Bachok dekat sini hampa tidak sempat menyaksikan perkongsian ilmu apabila penceramah jemputan, Datuk Kazim Ilias bergegas dihantar ke hospital kerana dipercayai akibat serangan sakit jantung.

Beliau dikatakan sepatutnya menjayakan ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di pekarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bator, malam ini.

Majlis ceramah perdana itu bermula jam 9.30 malam membawa tajuk kupasan 'Jihad Agro Makanan Negara'.

Jemaah Ahli Lembaga Pengarah PPK Sri Gunong, Mohd Radzuan Hamat yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan Kazim yang lebih dikenali sebagai ustaz Kazim kini stabil di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Mengiringi Utz Dato Kazim Elias mendapat rawatan kecemasan
Posted by Chenda Hill on Friday, February 19, 2016


EmoticonEmoticon